Followers

Thursday, 25 July 2013

Lagu raya kegemaran..

sedar tak sedar dah 2 minggu kita puasa..pejam celik..pejam celik..dah nak raya..korang dah start dengar lagu raya ke?? saya ni dok gigih sangat download lagu raya..sambil menaip ni pun dengar lagu raya..hehehe..

Saya suka dengar lagu raya yang lama..yang sekarang ni ntah apa-apa je..mcm tak sesuai je..ni lagu yang saya suka dengaq..kekadang buat gila 1st day puasa dah bukak lagu raya..gila ke hapa..tu zaman bekerja..bila bos takda..PA dok menggila la dengaq lagu raya..ntah apa-apa je..

1) Siti Nurhaliza - sesuci lebaran


sangat feel dan ceria bila dengar lagu ni..macam tak sabaq nak raya..tu diaa..hehehe

2) M Nasir - Suatu Hari di Hari Raya

first time dengaq lagu ni..rasa dah best..rasa mcm tengah dok raya..hahaha

3)  Sudirman - Balik Kampung


bila dengaq lagu ni..rasa tergedik-gedik nak balik kampung..nak-nak dengaq lagu ni time dalam bas, keta..adoii..semangat sungguh rasanya..

4) Mamat Exist - Kupohon Restu Ayah Bonda


abaikan imej 'bad boy' mamat ni..tapi seriusly..dia nyanyi lagu ni memang best..sangat menyentuh perasaan..huhu

5) Aman Shah - Kepulangan yang di nanti


'bergema suara takbir di angkasa..selembut bayu meresap ke dalam jiwa..lembut lembai je suara dia..rasanya ni je kot lagu dia yang best..tak ingat pulak yang dia ni ada lagu..atau masa dia jadi penyanyi tu..saya ni masih lagi kanak-kanak riang..

6)  P Ramlee - Dendang Perantau


tak boleh nak kata apa dah..dengaq lagu ni ja rasa nak balik kampung beraya..terketaq-ketaq..tambah-tambah time raya tu..tak dapat nak raya di kampung..ala-ala raya di perantauan gitu..huhuhu..sedih ooo

7)  Hail Amir dan Uji Rashid - Seloka di Hari Raya


'sanak saudara sedang menunggu di hari mulia tersenyum mesra' - best ever duet partner..suara uji rashid yang lemak merdu..suara hail amir yang lemah gemalai..perfecto mundo..macam nak menari joget je rasanya sebab dapat beraya..hahahaha

8) Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa



Ye..raya di desa/kampung memang best..tak dinafikan lagi wahai Azlina Aziz..tapi sekarang ni ada yang takde kampung..tak jadi balik kampung..tapi balik bandar..tapi apa-apapun tetap best..kann..

cukup le saya merapik pagi-pagi ni (dek overdose nescafe perut dah mengah)..Selamat Berpuasa!!



No comments:

Post a comment